Kami adalah Tadika Islam dan Pusat Perkembangan kanak-kanak menggunakan konsep pengurusan bilik darjah dan Montessori sesuai dengan KSPK (Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebagsaan)

HJH SITI RUZITA BINTI RAMLI
FOUNDER & CEO
Dilahirkan pada 2hb Jun 1972, Merupakan Founder Tadika Al Fikh (Al Fikh Orchard Training & Consultancy) dan Pengarah Jr Planners Sdn. Bhd (Registered Town Planning Consultant). Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Town and Regional Planning , UTM dan pemegang Diploma Early Childhood & Preschool dari Universiti Utara. Malaysia dan Kaunseling & Psikologi, Universiti Malaya. Sedang menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang Early. Childhood.
Memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Tadika Islam Malaysia(PERTIM) selama 12tahun, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS) dan Malaysian Islamic Early Childhood Congress (MIECC). Merupakan Jurulatih Utama PERTIM dan pernah terlibat sebagai Panel Penggubal Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pernah dilantik sebagai Jurulatih Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK). Banyak terlibat di dalam pembinaan modul seperti Bengkel Pembangunan Model Kurikulum Berasaskan Nilai-Nilai Kemanusiaan oleh UPSI, Modul Jalanraya oleh JKR dan Modul SPIES & Modul EHSAN oleh
SUK Selangor .
Memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Permuafakatan Wanita Dinamik dan Pengarah Urusan Dynamic Desire onsultancy yang banyak terlibat di dalam pembangunan serta bimbingan usahawan dan pendidikan awal kanak-kana khususnya.
Banyak terlibat dalam misi kemanusiaan khasnya untuk isu pendidikan dan kanak-kanak seperti Gaza, Syria dan Rohingya dan menjadi salah satu Ahli Jawatan kuasa Malaysian Women Coalition for Al Quds Palestin (MWCQP). Sering diundang sebagai tetamu jemputan di TV AlHijrah dan TV3 terutamanya dalam isu pendikan awal kanak-kanak.
LEMBAGA PENASIHAT
AL FIKH ORCHARD


JURULATIH USAHAWAN



